Donald Tusk
Donald Tusk

Donald Tusk

Donald Franciszek Tusk (lahir 22 April 1957) ialah seorang ahli politik Poland yang menjawat jawatan Presiden Majlis Eropah sejak 1 Disember 2014. Sebelum ini, beliau ialah Perdana Menteri Poland dari tahun 2007 sehingga 2014 dan juga ialah pengasas dan ketua parti Platform Sivik (Platforma Obywatelska).Tusk secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Poland pada 9 November 2007 dan memulakan tugas pada 16 November 2007. Kabinetnya memenangi undi percaya di Sejm pada 24 November 2007. Beliau ialah Perdana Menteri paling lama untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Poland. Pada bulan Oktober 2011, parti yang dipimpin oleh Tusk iaitu Platform Sivik memenangi sebagian besar kerusi dalam pilihan raya parlimen Poland, yang bermakna bahawa Tusk menjadi Perdana Menteri pertama yang terpilih kembali sejak jatuhnya komunisme di negara Poland.Tusk memulakan kerjayanya sebagai seorang aktivis di kampung halamannya Gdańsk, menyokong organisasi buruh Solidarnosc dan menganjurkan sesama rakan mahasiswanya. Tusk telah bertugas di parlimen Poland terus menerus sejak pilihan raya pertama pada tahun 1991. Beliau adalah Naib Ketua Senat dari tahun 1997 hingga 2001 dan Naib Ketua Sejm dari tahun 2001 hingga 2005.Pada 30 Ogos 2014, Tusk mengumumkan pada mesyuarat Majlis Kesatuan Eropah bahawa beliau akan menjadi Presiden Majlis Eropah berikutnya. [1] Pada 9 September, Tusk mengundur dirinya sebagai Perdana Menteri.

Donald Tusk

Lahir (1957-04-22) 22 April 1957 (umur 62)
Gdańsk, Poland
Timbalan Waldemar Pawlak
Grzegorz Schetyna
Janusz Piechociński
Jacek Rostowski
Elżbieta Bieńkowska
Didahului oleh Jarosław Kaczyński
Tandatangan
Alma mater Universiti Gdańsk
Digantikan oleh Ewa Kopacz
Pasangan Małgorzata Tusk
Anugerah
Parti politik Kongres Liberal Demokrat (1991–1994)
Uni Kebebasan (1994–2001)
Platform Sivik (2001–sekarang)
Anak-anak Michał
Katarzyna
Presiden Lech Kaczyński
Bronisław Komorowski (Pemangku)
Bogdan Borusewicz (Pemangku)
Grzegorz Schetyna (Pemangku
Bronisław Komorowski